Isnin, 25 Disember 2017

PENGALAMAN BERPANTANG DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE, CEPAT TURUN BERAT, KULIT MAKIN CANTIK DAN BADAN CERGAS BERTENAGA

BERPANTANG CARA TRADISIONAL TETAPI PILIH JAMU MODEN, IAITU SET BERPANTANG SHAKLEE


Teringat masa berpantangkan 4orang anak dulu, menjadi rutin selama 44hari, untuk makan makanan berpantang, walau jahitan dah elok dan badan dah rasa sihat, tapi menu harian, tetap layan menu berpantang tau. Almaklumlar, anak mak bidan katakan, mak selalu pesan, 44hari mesti jaga makan dan berpantang, 3tahun sekali jerr, itu pon kalau mengandung lagilar kan, kena sayang badan tu, jangan degil, dengar cakap mak. hihihi

orang tua kan, semua peringatan yang mereka bebelkan, dah tentular sebab sayang kan anak-anaknya, dulu masa anak pertama, terasa jugak lar seksa berpantang nie, tapi dah masuk anak seterusnya, seronok pulak layan menu-menu berpantang. Bersyukur sangat kepada Allah swt, sebab masih pinjamkan mak dan abah untuk kaknis, dan masih ada yang boleh menegur mana betol dan mana silapnya. 

ABAH JUGA SEORANG YANG MENJAGA BAB BERPANTANG 


Time berpantang, mesti stokin tak boleh lepas kat kaki, bila bukak sekejap ketandas, lambat je sarung, abah mesti tegur, stokin mana? kalau bangun berjalan, mesti kena sarung selipar, walau dah berstokin, lantai tetap sejuk katanya. Waktu makan pula abah mesti pastikan ada sambal halia dan lada hitam, kadang adalah mak tak sempat nak buat, lauk lain pon dah ada, sebolehnya mesti dia minta sediakan sambal halia muda. Dan bukan untuk maktang je sebenarnya, abah pon layan, memang paberet dia sebenarnya.


dalam keluarga kaknis, sambal halia nie dah macam menu wajib ada tau, memang mak buat lebih simpan kat aisbox untuk abah. Bukan time berpantang sahaja ada, hari-hari kalau boleh mesti nak ada, lagi-lagi kalau mak masak asam pedas, memang tak tinggal lar abah dengan sambal halia muda itu. Banyak khasiat sebenarnya sambal halia nie untuk ibu berpantang, selain memberi rasa pedas halia bagi menambah selera masa makan (makan tak pedas, dalam pantang memang tak syiok kan? ) ada pedas halia dan lada hitam tu, pekena pulak dengan nasi panas-panas, memang licin sepinggan nasi tau. hihihi


KESAN BERPANTANG DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE


Besalin anak ke empat, kaknis berkampung dirumah mak hanya seminggu lebih sahaja, kali ini berpantang dengan set berpantang shaklee full set, memang ternyata berbeza sangat tahap kecergasan dan rasa sangat-sangat sihat. Bukan lar bermaksud dah rasa sihat tidak perlu berpantang yea, kaknis still berbengkung 44hari, makan tetap jaga, tapi yang bestnya, muka tidak nampak pucat, badan tidak lesu, kulit muka juga jadi cantik, tidak kering dan kusam. 

Amalkan set berpantang shaklee, susu memang meriah, dan paling kaknis teruja, sedar tak sedar, berat badan cepat sangat turun. Berbeza dengan ketiga-tiga anak sebelum nie. Sebenarnya kaknis memang mengalami masalah berat badan semenjak melahirkan anak pertama lagi. Berat naik hampir 20kg semasa hamil, dan selepas habes berpantang, berat masih berada di angka 7. Memang rasa sangat tertekan semasa berpantang anak pertama. 

Bila mengandung anak ke 2 dan seterusnya, masalah berat badan yoyo sudah tidak asing lagi, paling kurus time tu, dapatlar 63kg, itu pon setiap petang pergi ke gym, betol-betol jaga makan, malam sebok beraktiviti sukan yang lain, tapi bila silap makan, memang sekejap berat naik mendadak. 68kg tu dah jadi berat maintain sebenarmya. 

Tetapi berbeza semasa berpantangkan medina, dari berat 78kg, habes berpantang berat dah turun lebih dari 15kg. Dan bulan berikutnya, dah dapat semula berat semasa kaknis baru berkahwin, iaitu 57kg. Bayangkan dah 10tahun kawen, dah masuk anak 4, baru merasa berat semasa sebelum mengandung anak pertama, rasa macam mimpi, cuba sarung baju nikah 1otahun lepas, boleh sarung tanpa tahan napas pon, syok betol rasa. Memang berbaloi berpantang dengan set berpantang shaklee ni. Selain berat mudah turun, masalah kulit kering selesai, badan semakin sihat dan cergas, emosi semasa berpantang juga terkawal.


MENCARI SET BERPANTANG YANG BANTU CEPAT BERAT TURUN, LUKA CEPAT ELOK, DAN BEBAS DARI MASALAH SEMBELIT?


Jika anda sedang mencari set berpantang, kaknis cadangkan buatlar pilihan yang tepat, macam sebelum nie, ketiga-tiga berpantang, kaknis mencuba pelbagai set besalin yang glamour. hasilnya memang menghampakan, rasanya semua lebih kurang sama, dan kaknis alami terseksa sembelit sepanjang tempoh berpantang. Dan bila kaknis amalkan set berpantang moden, iaitu set berpantang shaklee, ia sangat-sangat berbeza, dan masalah sembelit juga langsung tiada sepanjang tempoh berpantang.


Bagaimana cara untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee?




Boleh terus hubunggi kaknis dengan segera, dan kaknis ada menyediakan perkhidmatan COD disekitar ulu tiram,johor, Jusco Tebrau city, Johor jaya, Pasir gudang dan kawasan yang berhampiran dengannya. Untuk mereka yang jauh dari kaknis. Tidak perlu risau, kaknis ada menyediakan perkhidmatan pos keseluruh malaysia sabah sarawak singapura dan juga brunai. (:

Your Healthy & Beauty Consultant
Anies

SMS / CALL / WHATSAPP 
017-7061908

Email



ayniesanies@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan